Thursday, June 23, 2011

Adab Berpakaian

 

Fesyen Pakaian
1. Menutup aurat
2. Bukan dari sutera dan emas untuk pakaian lelaki
3. Pakaian bukan dari sumber pendapatan yang haram, tapi dari sumber yang halal
4. Pakaian longgar, tidak menampakkan bentuk badan.
5. Pakaian dari jenis kain yang tidak nipis dan tidak berwarna menjolok mata (bagi wanita)
6. Pakaian lelaki tidak bercorak-corak dan berbunga-bunga. Cara Berpakaian 1. Memakai pakaian yang bersih.
2. Sunat berwangi-wangian bagi lelaki. Bgai wanita,hanya apabila dengan suami atau muhramnya.
3. Menyarungkan baju dengan didahului dengan tangan kanan, dan menanggalkannya dengan mendahului tangan kiri.
4. Memakai seluar dengan mendahului oleh kaki kanan, dan menanggalkannya dengan mendahului kaki kiri.
5. Doa ketika memakai pakaian:
Maksudnya:" Segala puji bagi Allah yang telah memberi pakaian ini untuk menutup auratku, dan aku memperindahkan diri dengannya dalam hidupku." 6. Doa ketika membuka pakaian:
Maksudnya:" Dengan nama Allah yang tiada jenis Tuhan melainkan Dia" 7. Elakkan dari berbangga diri sekiranya pakaian itu elok rupanya.
Aurat Lelaki
  1. Di dalam sembahyang: Sekurang-kurangnya menutup di antara pusat dan lutut. Tetapi untuk lebih sopan lagi, kerana sembahyang itu bermakna kita menghadap Allah, maka eloklah memakai pakaian yang lebih sempurna.
  2. Di hadapan sesama lelaki: Menutup sekurang-kurangnya di antara pusat dan lutut.
  3. Di hadapan wanita yang bukan muhram (halal nikah dengannya): Sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya, menutup sebahagian besar dari tubuhnya, iaitu pakaian biasa
  4. Semasa bersama-sama isterinya: tiada batas aurat.
  5. Semasa bersendirian: Menutup dua kemaluannya (depan dan belakang)
Aurat Wanita
  1. Di dalam sembahyang: Menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan boleh terbuka dua tapak tangannya.
  2. Sesama wanita Islam: Pakaian sopan yang biasa.
  3. Sesama wanita kafir: Menutup tubuhnya kecuali muka dan tangannya.
  4. Di hadapan lelaki yang bukan muhramnya: a. Seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan - menurut pendapat masyhur dalam mazhab Syafie.
    b. Seluruh tubuh termasuk muka dan tangan - menurut pendapat mazhab Syafie yang muktamad.
  5. Di hadapan lelaki muhramnya (selain suami). Antara pusat dan lutut.
  6. Di hadapan suaminya: Tiada batas aurat
  7. Semasa bersendirian: Wajib menutup aurat antara pusat dan lutut.
PAKAIAN MENGIKUT SUNNAH
Lelaki:
  1. Memakai gamis atau jubah. Dari Abu Daud At Tarmizi, Ummu Salamah r.ha berkata: "Pakaian yang amat disukai Rasulullah adalah gamis."
  2. Menutup kepala dan dililitkan serban. Kata Rukanah, Rasulullah SAW bersabda: "Bezanya orang kita orang Islam dengan orang musyrik ialah serban dililit di atas kopiah."
  3. Memakai seluar dan kain. Rasulullah SAW bersabda:
    Maksudnya:" Kamu pakailah seluar dan kain sarung dan bezakan kelakuan kamu dengan ahli kitab."
Wanita:
  1. Memakai jilbab yakni pakaian labuh menutup seluruh badan.
  2. Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian perempuan dan begitulah sebaliknya.
  3. Sebaik-baik pakaian adalah mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT maksudnya:
    " Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh badan mereka, yang demikian itu supaya mereka mudah untuk dikenali kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." bersambung
=== sekian ===

No comments:
Write komentar

E-learning